Followers

Friday, December 11, 2009

JAWAPAN TEKA-TEKI

JAWAPANNYA adalah........


1-Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Penguin!

2-Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Patah baliklah,bengang pasal titi tu patah!..

3-Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Buah keranji sebab dalam perahu,pisang emas sebab
dibawa belayar dan buah cempedak sebab
diluar pagar (berdasarkan pantun melayu)..hehe

4-Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Stokin tu basahlah!

5-Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Aku berjalan secara mengundur..

6-Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
spedometer bas lah...!

7-Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jatuh pokok kelapa,naik dulu baru jatuh,
jatuh perigi,jatuh dulu baru naik..

8-Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Kalau matanya yang ditutup dia tak dapat melihat!

9-Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Ayam jadi banyaklah bilangannya!

10-Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Panjang ekor tikus,kerana tikus kalau berjalan
ekornya menyentuh tanah..

11-Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Lampu jiran tetangga kita,cubalah pecahkan,
nanti akan keluar orangnya!

12-Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,
sedangkan profesor memikirkan untuk masa hadapan..

13-Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Nampak pembohongannya,sebab kura2 mana boleh panjat
pokok..

14-Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Seluar panjang,bila dipotong ianya akan semakin tinggi..

15-Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? Buang tebiat!

16-Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Batang hidung engkaulah!!

17-Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Bahrain-bah tu banjir,rain tu hujan..

18-Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Kerana yang menciptanya orang jepun.Kalau
orang arab yang menciptanya mungkin namanya
YAMAHMUD!

19-Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Kutu,kerana sering memijak-mijak kepala orang!?!

20-Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Takkan nak bawak piano pulak!!!..besar tu!

21-Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Orang tu penipu besar,mana ada rumah dalam kapal..
hahahahaha.....

22-10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya
dan menyebabkan ia tidak dapat terbang
seperti biasa..heee

23-Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Beruang (sebab binatang ni ber wang)..

24-Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Ikan belukang kerana blue adalah perkataan
inggeris,kang adalah perkataan jawa..kan kan kan

25-Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.
mereka akan kata
1-innalillahi wa inna ilaihi roo jiun
2-astagh firullah hal azim
3-alhamdulillah.....
wokey.....inilah jawapannye..
kepada lya jawapan anda adalah tepat!
kepada jumana satu je yang betul ok...xpelah suka2 je kan...
ok nanti kalau mak yong rajin mak yong teka lagi ok...

10 comments:

  1. uuuiiihhhh... makin lama makin besar tulisannya...

    ReplyDelete
  2. alahai mak yong ni......makin baca mate makin juling pulak..........ade2 je mak yong ni laaaa....hahahah.

    tp bes gak bace teka teki tu....gelak sensorang membaca nye......laki kat sebelah pandang"nape dgn bini aku ni gila ke ape".....heeheheh

    ReplyDelete
  3. uish apehal tulisan tu....adoia i....

    ReplyDelete
  4. waaa...tulisan...duk sebatu pn dh leh nmpk :p
    xpelah..1 je sy betul..huhu..sob..sob.. :p

    ReplyDelete
  5. wakakakakaka...
    sowey ok...xsengaja...hahahahahaha...

    baru pasan..
    ok dh betulkan dh....
    wakakakakakaka...

    lya: ok dh xjuling dah...wakakakakaka..

    ReplyDelete
  6. ghitewww.. blog ponn dah sebulan bersawang kannns.. ikiki

    ReplyDelete
  7. weeee sy suka sgt teka teki..leh guna masa tgh bosan or time2 xtau nk borak apa dgn kwn2..huhuhu~

    ReplyDelete