Followers

Friday, June 26, 2009

AL-KisaH..


KAIN KAPAN Hj.Teepo.

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa

saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada.. Sayang, kekayaan Hj.Teepo

adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.

Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil

tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil.

Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu,

namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam

(orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh

doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula

mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk,

koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa

kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,”

jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. “Kenapa begitu bang?” tanya

isterinya. “Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula,” jawabnya lagi.

Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, “Syukurlah, walau dah agak terlambat,

ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku.”

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul,

Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak

sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri

Hj.Teepo. “Bang”, bisiknya perlahan. “Buat kali terak hir sebelum

abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan

dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang.

Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?”

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, “Baiklah, mari

rapat kepadaku” isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan

nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, “Yang, you pun tahu,terlalu banyak

dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I

kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I

dikebumikan dengan kain buruk saja.” Isterinya masih ragu-ragu.

“Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain

kapan yang buruk begitu?” tanyanya lagi.

“Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti

Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga

akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi.

Jadi selamatlah abang….”

“Astaghfirullah hal ‘aziiiiiiiiiim” isteri Hj.Teepo terus terlentang

kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu…..

Ambik le iktibar....

4 comments:

  1. yulan..

    wakakakaka..
    tau xpe,
    aji nama jek..:)

    ReplyDelete
  2. wakakakakak! lawak tul...sengal je.. xpadan dgn name haji...asyik kelentong je haha!!

    paling x tahan...ngn Malaikat pun die nk tipu? gilerr ahhh haji tu haha!!

    suke2 baca post ni....snyum sorang2 ni hehe :)

    ReplyDelete
  3. sha...

    memang sengal gler tu olang!!
    huahuahua...

    tau xpe..ad hati nk tipu malaikat lg...

    senyum2 kambing la tuuu...hikhikhik!

    ReplyDelete